Ciri-2 KAKI KIKIS :
Saturday, 30 June 2012 | 19:52 |

Assalamualaikum 

Lately banyak keywords carian "orang kaki kikis" masuk blog aku. Ke dia masuk blog aku ebab aku kaki kikis. haha. Tak kikis ok. So , aku ada lah beberapa contoh yang aku rasa reminder awal untuk korang jauhkan diri. Kalau tak duit melayang. Kaki kikis ni tak semestinya sesama kekasih je, antara kawan pun ada juga terjadi kikis mengikis ni. Kikis mengikis ni banyak situasi dia.

So, ini beberapa situasi yang kau patut beware dan pergi lari jauh-jauh dari mendekati mereka si pengikis ni...

Situasi 1 : Kau minat kat perempuan tu dan baru je berkenalan dengan perempuan tu tak sampai sebulan atau setahun pun, tapi di awal perkenalan dia dah berani buat macam ni...

Lelaki pun ada yang buat macam ni. No good.

Okay, kalau dah awal-awal macam ni..sila lari dulu. By the way, lelaki pun ada perangai macam ni. Kawan aku pernah kena, lelaki tu suka minta macam-macam. Kalau tak belikan dia kata, "oo patut la you tak belikan I seluar tu hari tu, you ada lelaki lain rupanya!!". Nasib baik kawan I dah pergi tinggalkan dia. Fuhh. Keluar dating pun , si perempuan yang bayarkan semua. Si lelaki lenggang-lenggang je kikis duit awek. No good no good.

Situasi 2 : Kau pergi keluar makan ramai-ramai dengan kawan dan memang sepatutnya masing-masing pay sendiri lah tapi end up begini....

Sama-sama makan dan seronok berbual time makan. 

Tapi bila time nak bayar, semua buat tak tahu dan hope salah sorang keluarkan wallet untuk settle kan semua for them. Semu senyap tinggal bunyi cengkerik "krik krikk krikkk" when it comes to bill.

Bila dah nak balik just cakap, "thanks for the meal" padahal orang yang kena buli tu tak kata pun nak belanja. Tak baik buat kat orang macam ni, kita tak tahu keadaan kewangan dia. Kot dalam bank tinggal RM15 je ke, kita suka-suka je tricked orang suruh bayar bill kita pulak. Mana boleh. Kita patut faham la, pandai-pandai lah bawa keluar duit untuk pay sendiri punya makan. Tinggal je kawan macam ni, tak guna.

Situasi 3 : Setiap kali keluar mana-mana dengan kawan...

"Eh,pakai duit kau dulu eh. Wallet aku tertinggal dalam kereta la."

"Eh, pakai duit kau dulu eh. Aku belum keluarkan duit dalam bank lah."

"Eh,pakai duit kau dulu eh. Duit aku cicir la. sian aku."

"Eh pakai duit kau dulu eh. Nanti aku bayar balik"

Lepas tu tak bayar. Buat-buat lupa nak bayar.

atau....

Naik taxi sama-sama,lepas tu salah sorang wakil tolong bayarkan taxi dulu sebab masing-masing takde pecahan duit. Lepas turun taxi, sorang pun tak ingat nak bayar balik. 

Situasi 4 : Kau nak jual barang kat dia dan dia setuju untuk bayar dengan harga itu dan secara cash. Tapi bila dia dah dapat barang tu, dia taknak pay by cash pulak.Dia nak deal dengan cara lain. Nak buat pertukaran barang macam system barter pulak. contoh, kau jual handbag kau dengan harga RM200 tapi dia nak bagi kau barang lain macam baju ke, belanja kau makan ke untuk dijadikan pertukaran wang RM200 tu. 

Kalau dia bagi baju pun, duit lebih penting dari baju tu rasanya. Ada duit boleh beli susu anak ke, barang dapur ke. Kalau dia bagi baju nak buat apa ? Baju yang dah ada pun memang dah tersedia banyak. Dah deal dengan cash tapi tiba-tiba nak buat barter system pulak.

Mana boleh macam tu. 
ni barter system barang tukar barang. takpe jugak untuk jiran tetangga. Nak gula, jerit je kat orang sebelah "hey orang sebelah, nak gula! aku bagi kau ikan sekor"

Mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri itu semua dikira sebagai kaki kikis juga tu terutama yang melibatkan wang. Buli secara halus untuk wang. No good no good.Mudahan kita semua jauh dari mengambil kesempatan kat orang lain dalam apa jua cara pun. situasi mengikis memang banyak dan ia tak berlaku sesama kekasih saja tapi dalam persahabatan pun banyak terjadi. So, be careful okay :)