Korang ada first handphone di usia berapa ? Aku tengok zaman sekarang ni,budak darjah 1 pun dah ada handphone. Budak 4-6 tahun pun dah ada handphone sendiri. Aku rasa macam mak bapak zaman sekarang macam terlalu ikutkan kehendak anak. Aku bukanlah mak orang tapi aku rasa zaman sekarang ni macam beza sangat masa zaman aku sekolah dulu walaupun zaman kami tidak lah jauh mana. Semua budak dah ada handphone, bukan calang-calang handphone pula tu. Kebanyakannya canggih . Nokia 3310 ? Na'ah.Tak kot.
Aku rasa mak bapak bagi anak pakai handphone sebab..
1) Mak bapak terlalu percaya anak-anak.
2)Zaman dah berubah.
2)Zaman dah berubah.
Mak bapak izinkan anak memiliki handphone sendiri sebab percaya pada anak dan beri untuk kemudahan anak-anak juga...
Dalam akal fikiran mak bapak, mereka expect begini...
ingatkan guna handphone untuk bincang homework dan perkara berfaedah
Padahal 99% kemudahan handphone tu guna untuk...
budak sekolah dah pandai mama papa
Budak sekolah ? Budak sekolah perlukan handphone untuk apa sangat ? Untuk bincang homework ? Pinjam handphone mak atau ayah tak boleh ke kalau nak call or text pun untuk tanya kerja sekolah atau hal sekolah ?
Aku tak setuju dan aku rasa budak sekolah masih tak sesuai untuk memiliki handphone sendiri jikatidak dipantau 100% oleh ibu bapa. Yelah, kita tak tahu dengan siapa dia kenal, dengan siapa dia contact senyap-senyap dan apa agenda di sebalik.
Aku setuju budak sekolah memilki handphone jika dipantau oleh ibu bapa dan hanya 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad je boleh pegang handphone tu secara bebas. Isnin sampai Jumaat, mak ayah pegangkan handphone dan kalau nak guna pun kejap2 je dan bukan di bawa tidur untuk digayut waktu malam.
Tahu tak kenapa budak sekolah bahaya kalau pakai handphone ? Sebab diorang tak matang dan tak tahu fikir mana baik dan buruk dan tak fikir jauh. darah muda ni kuat memberontak. (Aku pernah jadi remaja, so aku tahu.) Tahu-tahu je dah ada boyfriend umur 26 tahun dan boleh well-planned buat-buat diculik sedangkan dia pergi tidur rumah boyfriend.
Luaran, mak nya nampak anak dia naive and so sweet. Dalam handphone tu ? Dengan siapa dia kawan orang asing mana dia kawan ? Serious bahaya . Sebab ada handphone lah, budak jadi berani. Handphone connecting people, connect terlebih-lebih tu yang bahaya tu.
Aku tak tahu lah zaman anak aku nanti macam mana. Makin canggih.