Hubungan Terhalang
Friday, 27 January 2012 | 20:02 |
Assalamualaikum....
Baca betul-betul untuk elakkan salah faham.
"abang . ap pndapat abang tentang hubungn cinta yg terhalang .
ermmmm . boys n girls tuh umo 20 an . mmg saling cinta tapi putus laaa sebab mak boys tuh xsuke anak dia bercinta tyme masih belaja lagi . but girls ney mmg syg n cinta lah dgn boys ney . p boy ney tetp dgn keputusn dia xnk teroskan , boy ney xda pompuan len , cme dia dh xsangop nk teros menipu mak dia dah , sebb nyer mak dia asyik tny jew ada awek x ?? n boys ney mmg dah xsngop menipu mak dia . nak tny ap pndapat abang yuyul dalam hubugn neyh ."
Best Regards,
Aminah(bukan nama sebenar)
Kenapa mak bapak halang anak-anak bercinta time masih belajar ?
1) Takut tak dapat focus study
Bila asyik sangat bercinta, nak buka buku nampak muka buah hati.Buka buku je nampak muka buah hati.
2) Buang masa dan duit sms dan call yang kerap dan keluar bersama
Bercinta mesti nak dating kan ? Mesti nak gayut lama-lama kan ? Masa berjam-jam jugalah habis.
3) Gangguan emosi
Bila gaduh, hilang mood nak belajar. Bila gaduh je,menangis melalak terus hilang mood nak belajar atau buat apa-apa. Class pun skip.
Persepsi mak bapak, biasalah. Risau sangat even aku pun macam tu gak. Bila ada hint-hint macam aku ada gf, mesti bapak aku cakap "hah,esok tak boleh belajar lah tu". Takut gangguan emosi sampai aku tak boleh focus. Tapi sebenarnya, kita boleh je handle. Ye tak ? Cuma orang yang dah makan asam garam lebih banyak tahu dari kita yang muda ni.
Hubungan terhalang ? Ada dua category..
1) Dihalang sebab makbapak kita tak suka langsung kat pasangan kita.
2) Dihalang sebab makbapak kta rasa "masa" untuk anak dia bercinta masih tak sesuai.
Kes Aminah ni dalam category kedua kan ? So, aku rasa Aminah ni masih ada peluang lagi sebenarnya nak ambil hati mak bf dia. Bagi aku, memang sedih bila korang saling cinta tapi dihalang untuk berjumpa dan kerap berhubung (texts and calls) . Tapi nak seribu daya taknak seribu dalih. Pendapat aku, kalau korang dua-dua memang sayan g betul kat each other, mesti korang dua willing to bersabar dan tunggu. Tak semestinya kena bercinta macam orang lain bercinta di mana perlu date selalu,call berjam-jam. Cinta dari jauh as long as dua-dua mampu bertahan sampai habis belajar.
Lelaki tu plak minta putus sebab dia tak tahan nak tipu mak dia lagi and rasa serba salah kat mak dia. Ikut pengalaman aku, hubungan terhalang sangat lah susah nak sorok. Nak pulak,nak pandang mata mak kita dan tipu. Rasa macam nak buat apa pun jadi tak direstui. Nak jawab exam pun tak tenang.Aku faham sangat perasaan bf dia sebab aku pernah lalui benda yag sama. So,aku tak galakkan lah teruskan hubungan terhalang nih.Apa yang aku rasa boleh buat adalah, just stay with each other dalam jarak jauh. Korang buat deal, tunggu each other. Okay tak ? Sebab kalau korang teruskan jugak "couple" tu nanti akan buat mak laki tu a nti pula pada Aminah tu . Langsung jadi lebih rumit.
Pendapat aku, kalau bercinta, tak semestinya kena declare atas dasar "couple" yang kena dating selalu. Cukup sekadar kau dan dia tahu perasaan masing-masing dan target untuk hidup bersama iaitu kahwin. Dalam tengah belajar tu focus untuk habis belajar nak kahwin dalam hubungan korang hanya "suka sama suka" yang tahu isihati masing-masing. Kadang-kadang bila kita declare "couple" ni kita jadi macam rigid. Mesti kena keluar, mesti kena call gayut lama-lama, etc. Aku rasa kalau korang berjumpa atas dasar kawan, mesti mak dia okay. Tiap tahun beraya rumah ke.
Maaf kalau rasa macam pendapat aku tak boleh pakai tapi aku percaya hubungan jarak jauh tanpa jumpa berbulan-bulan tanpa ikatan "couple". Masing-masing tahu hati dan tahu apa yang korang nak dari seseorang . Kalau ada sifat setia dan sabar, insyaAllah..Allah nampak dan bagi apa yang korang nak. Lain orang lain pendapat dan lain orang lain cara. Ada yang rasa tak boleh bercinta kalau tak jumpa, itu terpulang pada individu.