Cinta Muka Buku Bertukar Menjadi Cinta Buku Lima ?
Thursday, 19 January 2012 | 05:57 |
Assalammualaikum.Mood sepoi sepoi dah bersepai sepia sejak zaman berzaman dah ni oi. Tak tahu mana dia sembunyi nak main sorok sorok pulak. Puas kejar dah tak jumpa jumpa lagi sampai hari ni oi. -.-‘
Cinta muka buku. Dah jadi macam satu trend dah sekarang ni. Buat yang sememangnya ikhlas menghulurkan salam perkenalan tu satu hal lah tapi tapi dan tetapi buat yang saja konon macam nak test try power market?
Biasanya orang orang yang sebegini adalah orang yang sangat bijak bermain dengan kata kata awal perkenalan. Tak menampakkan diri terlalu terdesak mahu berkenalan mahu pon terlalu menginginkan berkenalan.
Status yang di hupdate pon harus lah berunsurkan islamik agar pandangan mata kasar makhluk yang melihat,membaca terkesima seketika dengan apa yang cuba di sampaikan dan kongsikan.
Dari salam perkenalan yang konon macam kasar bertukar jadi bibit lesung pipit yang terkepit untuk mula memasang umpan agar terkena pada sasarannya
Kadang kadang perbuatan,penulisan kalau tak seiringan dengan hati memang boleh di kesan oleh makhluk makhluk yang berada di sekeliling. Tambah lagi yang sedang mengenali seseorang tu secara mendalam. Boleh bezakan penulisan dan cara dia melayani kita memang sangat ketara bezanya. Hakkkphuihhhh !
Bila umpan dah mula mengena pada sasaran mula lah di buat endah tak endah ibarat macam main tarik tali. Kejap kata nak,kejap kata tak nak. Macam permainan yang di cipta untuk para pemain yang ingin bermain. Tapi dia adalah Master Game nya bukan Master Chef yer. Hihiksss !
Bijak mengatur strategi adalah senjata yang baik terhebak yang di rasakan pernah ada. Konon konon macam tak ada yang TERperasaan dengan tindak tanduknya.

Tak cukup dengan komen,like status setiap kali komen daripada si penggangu masuk pastinya si jiran akan meng- DELETED setiap komen mahupon status dengan alasan :
Lepas tu mula lah berDRAMA dengan meng-hupdate segala jenis ayat yang melambangkan tak bersalah apa apa. Walhal sana bagi harapan sini pon bagi harapan. Atlast tersepit dan buat buat tak bersalah.
Siapa aniaya siapa??
Ini tak layak kot nak di katakan cinta muka buku tapi lebih sesuai di katakan sebagai cinta mintak buku lima.
Nota kecik :
Kalau tak yakin dengan hati dan diri sendiri jangan sesekali melafazkan
perkataan yang mampu membuatkan hati lain berasa senang kerana ianya
mungkin akan mematah lalu meremukkan hati insan lain. Wallahualam.