Aku, Engkau, Dan Kita Semua ......
Wednesday, 11 January 2012 | 04:34 |
Beginikah kita ........


1. Semasa dalam kandungan, ibu membawa kita di dalam perutnya tetapi kita membalasnya dengan tendangan semasa berada dalam perutnya


2. Semasa kita berumur setahun, ibu menyusukan, memandikan tapi kita membalasnya dengan tangisan


3. Semasa kita berumur 3 tahun, ibu membelikan kita permainan, tapi kita membalasnya dengan memecahkan barang perhiasan ibu dengan permainan kita


4. Semasa kita berumur 5 tahun, ibu membelikan kita pensel warna tapi kita membalasnya dengan menconteng dinding rumah


5. Semasa kita berumur 7 tahun, ibu mendaftarkan kita ke sekolah. Tapi kita menangis taknak pergi kesekolah


6. Semasa kita berumur 9 tahun, ibu menyuruh kita mencari kawan tapi kita mencari lawan


7. Semasa kita berumur 11 tahun, ibu menekankan aspek kebersihan dan berdikari. Tapi kita membalasnya dengan kekotoran dan tidak berterima kasih


8. Semasa kita berumur 13 tahun, ibu menyuruh kita mengurangkan bermain video game, menonton tv. Tapi kita membalasnya dengan menonton di rumah kawan.


9. Semasa kita berumur 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan melemparkan senyuman. Tapi kita membalasnya dengan dentuman pintu dan jelingan


10. Semasa kita berumur 17 tahun, kita lulus dengan cemerlang dalam pelajaran, ibu mengalirkan airmata kegembiraan. Tapi kita gembira dengan kenangan berparty hingga larut malam


11. Semasa kita berumur 19, ibu menegur cara pemakaian kita yang kurang sopan, tapi kita membalasnya dengan jawapan "ibu ni tak ikut trend la..."


12. Semasa kita berumur 20 tahun, ibu mengeluarkan wang simpanan supaya kita dapat melanjutkan pelajaran. Tapi kita terlupa mengucapkan terima kasih


13. Semasa kita berumur 24, setelah bekerja ibu tidak mengharapkan balasan kerana membesarkan kita. Tapi kita membalasnya dengan berkata "ibu ini duit kerana membesarkan saya..."


14. Semasa kita berumur 25 tahun, kita berkahwin ibu menangis kerana terpaksa melepaskan kita tapi kita sambil tersenyum dan berkata " alaaa bukan saya tak balik lagi...."


15. Semasa kita berumur 27, ibu membuat kenduri arwah ayah dan menharap kepulangan kita. Tapi kita membalasnya tidak pulang ke kampung dengan alasan sibuk.


16. Semasa kita berumur 30 tahun, ibu jatuh sakit dan memerlukan kita disisinya. Tapi kita hanya pulang untuk menceritakan hal keluarga dan pejabat tanpa bertanya khabar beritanya


17. Suatu hari ibu meninggal dunia kita tidak sempat lagi untuk membalas segala jasanya. Segala airmata yang jatuh pada masa ini tidak akan berguna lagi..........


Nota Kecik:Jadi selagi mereka masih hidup didunia ini, balaslah segala jasa mereka :)