Layan City Hunter
Monday, 19 December 2011 | 08:06 |
1.
2.

Lee Minho (Lee Yoon Sung)
3.

Park Min Young (Kim Na Na)
4.

Lee Joon Hyuk (Kim Young Joo)
5.

1.Cerita bermula dengan kisah dua orang bodyguards yang melindungi Presiden ketika mebuat satu lawatan. Dan kemudia berlaku sedikit chaos bila letupan bom berlaku. Berikutan dengan hal tersebut, secret force telah ditugaskan untuk menyerang hendap pihak musuh. Tetapi, selepas serang hendap dilakukan, proses menyelamatkan secret force telah dibatalkan oleh 5 ahli politik Korea Selatan ketika itu dan secret force telah ditembak mati oleh tentera negara mereka sendiri.Dipendekkan cerita, salah seorang dari 21 secret force terselamat, iaitu Lee Jin Pyo (Kim Sang Joong). Dia telah kembali ke Seoul dan membawa lari anak kepada rakannya yang telah mati dalam mission tersebut. Dia merancang untuk menggunakan anak yang diculiknya dalam mission membalas dendam terhadap 5 ahli politik tersebut.
2.Anak yang diculik adalah Lee Yoon Sung (Lee Min Ho). Dia telah dididik oleh ayah angkatnya, Jin Pyo sehingga menjadi seorang fighter yang hebat. Dia juga berjaya menyelusup masuk ke Blue House sebagai seorang talented MIT-graduate. Dia membalas dendam terhadap ahli politik tersebut dengan nama CITY HUNTER.
3.Pada masa yang sama, Yoon Sung mengenali seorang perempuan yang bernama Kim Na Na (Park Min Young) yang bertugas sebagai bodyguard di Blue House. Na Na seorang yang hebat dalam Judo. Tanpa disedari, Na Na dan Yoon Sung saling mencintai tetapi terpaksa mengenepikan perasaan mereka demi dendam Yoon Sung.
4.Bagi merancakkan cerita, seorang ahli pendakwaraya iaitu Kim Young Joo (Lee Joon Hyuk)sangat bertungkus - lumus dalam mengejar dan menangkap City Hunter. Dan setiap kali Yoon Sung ataupun City Hunter melakukan 'revenge', dia akan menghantar pesalahlaku (salah seorang ahli politik) kepada Young Joo.
5.Cerita semakin hangat dan hangat walaupun hampir ke penghujungnya.
Berjayakah City Hunter membalas dendam terhadap kelima-lima ahli politik tersebut? Berjayakan Young Joo menangkap City Hunter? Dan apakah penghujung kisah romantik Yoon Sung dan Nana?
Nak tau? Sila lah tengok. haha. I really recommend you to watch this k-drama.
Good action! 10 stars for now. :)