Manusia suka berbanding ?
Wednesday, 28 December 2011 | 08:59 |
Dalam kehidupan ni persaingan tu adalah sesuatu amalan yang bijaksana lagi sesuci minyak masak murni..Tuan haji bakhil sangat suka mengorat cikgu Murni kerana kemurnian hatinya yang memang tak ada bandingannya..Tapi masalah besar manusia zaman sekarang apabila mereka suka membanding bandingkan diri mereka dengan orang yang berada di sekeliling mereka..Tak kira la daripada segi fizikal ataupon daripada sudut apa sekali pon..
Bila keluar ramai ramai dan duduk singgah minum di kedai mamak Muhibbah sambil minum teh tarik bergelas gelas mula lah akan adanya satu demi satu perbandingan yang akan kedengaran daripada satu mulut ke satu mulut yang lain..Bukan CPR yer para lalink… =.=’
Perbandingan dari segi fizikal akan mula di kupas dari satu sudut hingga habes air di sedut…
Manusia A : Ehh ko nampak tak awek tu?
Manusia B : Awek mana satu??
Manusia A : Yang pakai baju bling bling tu la..
Manusia B : Haaa nampak…kenapanya? Ce cite ce citeeee…
Manusia A : Kau rasa rambut dia dengan rambut aku sape lagi panjang?
Manusia B : Haaa? Pon boleh jadi isu?
Manusia A : Halaaa lek la derrr ! Wa tanya jer..Soh lu jawab bukan kena bayar pon..
Manusia B : Haa rambot ko lagi panjang !
Manusia A : Owhh ya? Tapi rambot dia lagi lebat kan?
Daripada satu kupasan akan tercetus satu lagi kupasan yang lain bagi memastikan ada perbandingan yang akan terus menerus di buat sehingga lah terasa puas di hati.. =.=’
Nota kecik : Perbandingan adalah untuk terus menerus bergaya,bermutu serta keunggulan ekk?