Bila GF/BF cakap "YOU TERLALU BAIK UNTUK I"
Tuesday, 27 December 2011 | 20:36 |
Assalammualaikum Lama kemain dah ni tak membebel tanpa mengeringkan air liur, siyes dah terasa macam kekok bengkok sengkok semacam dah ni. Dari mana nak mula,mana nak letak tang tengah,tang sinun,tang sinin dan paling penting nak akhirkan kebebelan ini. Hakkkphuihhh !
Konon macam nak bagi sedikit dramatis akan tetapi tak berapa nak dramatis sebab munasabah dah kering dah air liur asyik membebel guna air liur,dan dengan ini dan pada hari ini akan mula lah operasi membebel tanpa mengeringkan air liur dengan penuh semangat kembara waja kenari. Cetttt !
Jangan kan kata mood untuk berblogging saja yang boleh pudar di mamah waktu dan ketika akan tetapi perasaan makhluk yang bernama manusia juga boleh berubah rubah mengikut angin sepoi sepoi bahasa lalu menyebabkan perasaan sesama makhluk tu bersepah sepah dan bersepai akhirnya. Hakkkphuihhh !
Yeahhhhh :) Aku nak mulakan cerita ni .. Ehem ehem

Malas angkat phone
Ini adalah salah satu sintom yang sangat mudah lagi cepat di kesan pabila beliau akan sentiasa bagi kita dengar caller ringtone yang tak berapa nak merdu bila setiap kali kita cuba call dia tidak akan menjawab bahkan tekan button cancel dengan senang lagi gembira

Bila ajak keluar asyik bagi alasan bizi
Kalau keluar dengan kawan kemain ngelenjat dan terkinja kinjanya beliau,kalau nak keluar dengan buah hati pengerang jantung kemain berjuta limau ais alasan ketol ketol yang akan di lontarkan. Cettt !

Dah janji nak keluar date,cancel last minit
Ini juga merupakan salah satu sintom yang sangat berkait rapat dengan pudarnya cinta di hati pabila tarikh yang sudah di atur untuk bertamah mesra sambil makan pop corn jalan jalan kat taman bunga,tapi tapi tapi bila dah sampai waktu yang di janjikan mula lah buat alasan berketol ketol, mak masuk sepital lah, hantar opah cabut gigi lah, teman atok amek borang nikah lah. Hakkphuihhh !
Apa kita buat semua tak betul , dia adalah orang yang paling perfect !
Ini merupakan tanda yang berada di tahap pertengahan pabila segala yang anda lakukan sentiasanya salah di mata beliau, yelah kann nak mencari kesalahan sambil mencipta kesalahan memang sesuatu agenda yang menarik tertarik dan sememangnya deboom ! –.-‘
Taip sms pon ala ala lite lite jer
Kalau dahulu kala katop kalau dalam satu message boleh sent sehingga 18ratos page terasa tak cukup, nak sambung lagi bagi jadi 18ratos page agar dapat meluahkan rasa yang terbuku,terpendam dan terendam. Bila dalam hati dah takde taman taip message ala kadar jer.
Bila cakap I LOVE YOU
Aishiteru lah lebih kurang wo ai ni. Hikhik Bila cakap I LOVE YOU, cuma reply ‘K’ . Agaknya dah angau dengan Datuk K sampaikan benda yang simple yang sepatotnya boleh di reply dengan penuh 'perasaan hanya taip ‘K’ . Apa pon tak boleh. –.-‘
Alasan ‘you terlalu baik untuk I’
Okay para lalink ini adalah alasan yang terhebak yang anda boleh berikan pada sesiapa sahaja yang anda ingin jauhkan diri. Bagi alasan yang dia terlalu baik untuk anda boleh membuatkan hati sang dara/teruna terkedu,tersedu sedan pabila mendengarnya. Hakkkphuihhh! Daripada dengar alasan tak munasabah begitu baik buat begini
Nota kecik : Kalau lah buat cari cinta tu macam tukar baju,memang ayat ‘You terlalu baik untuk I” tu memang selalu akan berkumandang keluar dari mulut. Hakphuihh !