Bergurau ? Bertempat :)
Friday, 30 December 2011 | 04:54 |
Assalammualaikum. Bergurau, orang kata bergurau ni adalah sesuatu yang sangat mustajab untuk melegakan tekanan yang amat dasat yang telah menghinggap di atas kepala hotak,mahupon di dalam ya. Ianya boleh di hilangkan dengan serta merta tatkala adanya rakan dan taulan yang mampu merenggangkan sedikit ketengangan urat hotak.
Tapi tapi tapi dan akan tetapi ya para lalink,bergurau ni kalau tak kena gayanya silap silap membolehkan kita mendapat penampar,penyepak mahupon free kick yang tak usah di minta minta bahkan akan di berikan secara percuma tanpa rasa segan mahupon terpilu langsung.
Orang tua tua dah dok pesan dah nampuluhlapan ratos kali sampai kan dah naik bengkak dah telinga,kalau nak bergurau biar kena pada tempatnya. Jangan main sondol ikut dan jer,nanti kang tak pasal pasal makan penampar percuma hinggap kat pipi lantas menyebabkan gigi bertaburan di lantai manakala gusi pula tersangkut di celahan anak tekak.
Di suatu petang di celahan kesibukan waktu..

Tiba tiba kononnya seorang rakan sekerja yang prihatin ingin menceriakan suasana menyapa lalu meninggalkan sekeping kertas di belakang badan tanpa di sedari…

Bergurau tak kena pada masa
Kalau nak bergurau pon kena lah juga toleh ke kiri toleh ke kanan,kedepan,kebelakang bagi memastikan keadaan semuanya berada dalam keadaan yang terkawal. Bukannya main redah ikut suka hati kepala hotak sendiri jer nak buat kepala sendiri kan. Nanti kang tak pasal pasal ada yang menghinggap di pipi.
Bergurau tahap melampau
Kalau kot yer pon nak bertamah ramah mesra dengan rakan,jangan lah sampai dah tahap kekeringan idea pon nak jugak tunjukkan kreativiti dan kebijaksaan dalam bergurau sampaikan gurauan tu dah sampai tahap melampau dan menimbulkan kemarahan kepada si penerima gurauan tuh.
Orang kata kerana mulut badan binasa
Bergurau sangat di alu alukan bagi menyerikan hidup sekalian makhluk yang duduk di muka bumi ini akan tetapi elok lah sekiranya kalau tahu nak membezakan masa untuk bergurau,masa untuk serius dan masa untuk bergelak tawa sampai tersembol sembol anak tekak tu yer tak? –.-‘
Nota kecik : Bergurau ni ada banyak jenis,bergurau secara halus,bergurau secara kasar,bergurau yang tahap melampau. Pilih lah nak bergurau dengan cara yang mana satu untuk mengelakkan dari merenggangkan hubungan sesama manusia.